Ibu-ibu yang bakal berpantang pasti masih terpilih-pilih lagi bengkung yang sesuai kan untuk dipakai sewaktu dalam pantang nanti.
Banyak persiapan perlu dilakukan bagi memastikan fasa berpantang berjalan dengan lancar. Selain set bersalin, pemakaian bengkung juga adalah antara keperluan bagi ibu selepas bersalin.
Dipasaran sekarang ada macam-macam yang dijual. Ada jenis moden, berzip, velcro dan juga bertali.Boleh jadi keliru nak pilih mana yang paling sesuai..hehe.Pemakaian bengkung bersalin amat digalakkan bagi mendapatkan kembali bentuk badan asal. Tekanan yang diberikan pada bahagian perut, pinggul dan paha dapat membantu menguatkan rahim, otot.
Selain itu, penggunaan bengkung juga dapat membantu mempercepat proses pemulihan sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.
Rutin memakai bengkung semasa berpantang juga dapat memberi kesan baik lain pada kesihatan seperti memberi sokongan kepada tulang belakang yang mengalami tekanan semasa mengandung.
Jadi hari ini saya nak kongsikan 5 tips memilih bengkung yang paling sesuai untuk puan-puan.
1. Praktikal, Mudah Dipakai
Pastikan anda memilih bengkung yang memudahkan pergerakan bagi menjalani rutin menjaga si kecil nanti. Pastikan memilih bengkung yang mempunyai cara pemakaian yang mudah dipakai. Selalunya bengkung jenis ikat akan memerlukan seorang pembantu untuk membolehkan kita memakainya.
Bengkung moden pula biasanya lebih mudah dan cepat dipakai. tetapi, jangan pula terpilih bengkung yang mudah melurut atau ternaik ke atas apabila bergerak.
2. Material Yang Selesa
Memandangkan bengkung perlu dipakai sepanjang hari, pastikan bengkung yang dipilih diperbuat daripada material yang selesa, menyerap peluh dan tak panas. Adalah penting juga untuk memilih bengkung yang tidak menyebabkan kegatalan pada kulit dan melecet.
3. Saiz Yang Betul
Bentuk badan kita berbeza antara satu sama lain jadi kena pilih saiz yang betul dan selesa, tidak terlalu ketat atau tidak terlalu longgar. Maksudnya kena pilih bengkung yang boleh laras (adjustable) jadi boleh adjust ikut badan puan-puan.

Harus diingat ketika memilih saiz bengkung, jangan beli mengikut saiz seluar, tetapi ukur lilit perut bagi pemakaian yang berkesan. Anda juga digalakkan untuk membeli bengkung yang sedikit kecil jika saiz badan sudah berkurangan.
4. Jenama / Kualiti Yang Diyakini
Aspek kualiti dan keberkesanan bengkung adalah yang paling penting supaya kesan dapat dirasai oleh si pemakai. Biasanya, ada bengkung bersalin yang didatangkan bersama set bersalin dan ada juga yang dijual berasingan.
Boleh lakukan sedikit carian di internet untuk mendapat cadangan jenama yang mempunyai testimoni yang baik atau saranan daripada kawan-kawan bagi mendapatkan bengkung bersalin terbaik.
5. Bengkung Untuk Bersalin Pembedahan
Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan Caesar, pastikan anda meluangkan lebih masa untuk memilih bengkung yang sesuai dengan keadaan anda.
Bengkung bersalin yang disarankan adalah jenis lembut dan mudah untuk dilaraskan saiznya. Pastikan ia tidak dipakai terlampau ketat, cukup sekadar memakainya dengan biasa-biasa sahaja. Hal ini kerana untuk mengelakkan daripada jahitan anda terbuka.




