Tentang Kami

Pengenalan

EMBAH diasaskan oleh Puan Rosliza Rahman dibawah pengurusan Ainnor Marketing Sdn. Bhd.

Nama EMBAH adalah simbolik kepada panggilan orang yang lebih tua seperti nenek sebagai tanda panggilan hormat dari mereka yang lebih muda. 

EMBAH sinonim dengan petua dan amalan penjagaan kesihatan terutamanya untuk wanita, ibu mengandung dan selepas bersalin.

Dengan menggunakan herba dan produk tradisional turun temurun, Embah komited membantu seramai boleh wanita untuk kekal sihat dan cantik, dalaman serta luaran menggunakan produk yang diyakini selamat dan berkualiti.

Misi embah

Embah berhasrat  untuk memasarkan produk Embah ke seluruh Malaysia melalui bisnes model yang berbeza melalui kumpulan yang dikenali sebagai #embahheritage yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu stokis, agen dan dropship. 

Mereka terdiri daripada terapis spa, pengamal urutan melayu tradisional, confinement lady, pemilik spa dan suri rumah. 

Bagi mendapatkan kualiti yang terbaik berasaskan kajian yang akan di dokumentasikan, Embah melantik Usains Infotech Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik Universiti Sains Malaysia (USM) yang melibatkan pensyarah perubatan dan juga penyelidik herba Dr. Eshaifol Azam Omar dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (USM).

Embah dilancarkan secara rasmi pada 21 Disember 2019 dengan inovasi pertama dari Malaysia di mana pilis atau Forehead Mask  iaitu pes herba yang dipakai pada dahi ibu selepas bersalin, diformulasi kepada produk  “Ready-Made Paste Type” dipersiapkan dalam bentuk “Tube”. 

Pengguna boleh terus memakai pilis tanpa perlu membancuh menggunakan air seperti pilis tradisional yang lan. Bagaimanapun, bahan tradisional utama iaitu cengkih bersama dengan ramuan penting yang lain tetap dikekalkan dalam bentuk mesra pengguna. 

Produk Embah yang Dilancarkan pada 21 Disember 2019

  • Bengkung Tenun Jawa (Bengkung Tradisional)
  • Forehead mask – KKM NOT200902139K
  • Hot Lotion – KKM NOT200902138K
  • Stoking Pantang
  • Batu Tungku Tanah Liat Ibu
  • Batu Tungku Tanah Liat Anak
  • Batu Jerut Qaseh